Tarim & Daar Zahra


Syurga Dunia

Kenapa Kota Tarim digelar sebagai syurga dunia? Kerana disebutkan nanti disyurga penghuninya sibuk dengan berzikir kepada Allah swt, sibuk dengan menziarahi saudara-saudaranya, sibuk kebersamaannya bersama sang kekasih Rasulullah saw. Sibuk dengan perkara-perkara kebaikkan yg mereka ada. 

Maka begitulah Kota Tarim, yg setiap waktunya sibuk mendekati diri mereka dengan majlis-majlis ilmu. Tidak ada seharipun yg terlepas kecuali disitu majalis kheir(kebaikkan) dibuat. Tidak sunyi dari berzikir kepada Allah swt. Dimana kita merasa begitu tenang dan selamat ketika berada didalamnya. Ketika kita disini, semua yg kita lihat adalah keluarga kita tanpa merasa sebarang perbedaan walaupun berasal dari berbagai daerah dan negara. SubhanAllah. 



Kitab Umdah 

Kitab Umdah adalah kitab kedua yang terkenal di kalangan ahlul Tarim.  
Di dalam kitab ini memiliki beratus qasidah yang terkenal dan selalu digunakan ketika acara Maulid.

Dan ajaibnya kitab ini disusun oleh banat Darul Zahro dari Indonesia sendiri sehingga memudahkan semua penduduk Tarim untuk mengamalkannya. 


KITAB DIWAN

Kitab diwan yang terkenal di kalangan penduduk tarim. Setiap orang yang menginginkan jawapan dengan kadar segera pasti akan bertawassul dengan kitab diwan dan akan mendapatkan jawabannya.


Kitab diwan karangan Imam Al-Haddad.

Ada sebuah cerita dari guru saya. : 

Banyak terdengar tentang kitab ini diawal sampai Tarim. Waktu itu ana di hadapan makam Imam Al-Haddad buat kali pertama ana ziarah beliau. Sahabat ana kata

 "Di sini ada satu kitab. Diwan namanya, kitab karangan Imam Al-Haddad. Kitab ini MasyaAllah kalau akak dalam kesulitan dan akan inginkan nasihat atau apa-apa sahaja. Akak cuba buka pada satu muka surat dalam kitab ni. Dan InsyaAllah ayat tu akan bertepatan pada situasi kita sekarang."

"tapi tak ada sekarang kitab tu di sini, selalunya ada" sambungnya

Di dalam hati ana fikir kitab lama biasa. Tanpa melengahkan masa, Kami melanjutkan ziarah kami seperti biasa. 

-

Setelah beberapa bulan di Tarim ana terdengar sekali lagi tentang kitab ini dari adik beliau.

"ada satu kitab ni Diwan namanya. Dalam kitab ni semua bertuliskan Syair-syair imam Al-Haddad" kata beliau

"Hani ada dengar juga tentang kitab ni. Kat mana nak beli?"

"Dekat kedai buku banyak, tapi syair dalam kitab ni memang tinggi dan MasyaAllah."


Keesokkan hari ana ke zanbal. Di hadapan makam imam Al-Haddad ana ternampak satu kitab di tepi ana. Ana terbaca 

 "Diwan"

"Subhanallah"  mengucap ana

Ana ambil dan buka, ana hampir terlupa dengan kisah yang kawan ana sampaikan tentang nasihat di dalam kitab itu. Ada bertulis 127 qasidah dari Imam Al-Haddad sendiri dalam kitab tu. Ana semak syair2 dalam kitab itu. Ana serasa begitu ralat kerana ana tidak faham apa yang ditulis dan setelah puas meneliti ana berazam untuk dapatkan satu. Tapi dalam pada masa sama ana berasa was2 untuk memilikinya ataupun tidak kerana ana tidak faham apa yang ditulis. Tambah dengan begitu banyak syair qasidah yang bertulis di dalamnya. 

Dan semalam sewaktu ana singgah di kedai buku untuk membeli senaskah Al Quran. Tiba-tiba sahabat ana pegang sebuah kitab bertulis "Diwan" ketika ana cuba menhampiri dia.  Sahabat ana kata

"Ana nak beli lah kitab ini. Sebab kitab ni MasyaAllah. Ana banyak dengar tentang kitab ni Dari di Malaysia ana cari kitab ni memang tak dapat. Hanya ada jual di sini je."

Walhal, sahabat ana ni pun baru saja tiba di Tarim. Beliau juga mengetahui tentang kitab ini. 

"Hani tahu, tapi kitab ini tinggi kak. Kita faham ke? Ada yang kata orang arab sendiri tak dapat terjemah maksud-maksud dalam kitab ini kerana begitu tinggi" 

Walaupun tidak faham isian di dalamnya. Sahabat ana tetap beli kitab itu. 

Petang itu kami sedang mempelajari kitab syamail Muhammadiyah di rumah bersama sahabat ana. Entah bagaimana lepas habis kelas kami ada berbual tentang kitab Diwan yang sahabat ana beli tadi.  Sahabat ana yang kali pertama menceritakan tentang kitab ini pada ana kini sekali lagi beliau menceritakan tentang kitab itu yang beberapa kali tepat terkena pada situasi yang dia sedang alami. 

"jom kita cuba nak" tanya ana

"boleh, sekarang ni kita sedekahkan Al-Fatihah pada Imam Al haddad, tawassul dan niat apa nasihat yang kita inginkan" jawab kawan ana

Kami mulai dengan yang tertua dulu kemudian yang terakhir baru ana. 

Subhanallah, setiap muka surat yang dibuka oleh setiap dari kami adalah kena tepat pada situasi yang di alami oleh kami sendiri sehingga setiap orang pada  kami yang menerima nasihat itu menangis. 

Sahabat pertama: terkena dengan wirid, untuk menambahkan wiridnya dan dia akan dekat bersama Rasulullah SAW. (itu apa yang dia minta) 

Sahabat kedua: hati beliau sedang merindui kota mekkah dan kepada siapa yang beliau harus minta? Merintihlah pada Allah. (itulah permintaan beliau sepanjang di zanbal tadi) 

Sahabat ketiga: kesempitan hidup yang kau sedang lalui. Hanya untuk mendapat tempat disisi Allah. (sememangnya dalam dirinya hanya fikir Allah) 

Dan, akhir sekali baru ana. Ana ambil kitab itu dan buka. Syair yang bertulis adalah

"banyak ujian yang telah aku tempuhi, lalui  sehingga Allah datangkan pembukaan. Dan berapa banyak aku telah sabar sehingga waktu itu telah pergi. Dan jikalaulah ketika itu aku tidak sabar aku bakal ditimpa lebih teruk daripada itu.


Komentar

Postingan Populer