kata-kata mutiara islami


Inspirasi kehidupan islami

Dulu aku sentiasa melihat orang berpelukan
dalam tangisan
Melihat ke arah mata mereka yg dipenuhi kesedihan dan kesakitan
Hati mereka merasa sempit seakan ada yg menghempap berat di dada mereka

Dulu aku melihat setiap titisan air mata mereka yg jatuh berderai mengalir di pipi
Bibir mereka terdiam kerana tidak mampu untuk mengungkapi apa yg di dalam hati
Mereka hanya melepasi kerana sudah waktu untuk mereka pergi 

Dan baru aku ketahui bahawa aku akan melaluinya juga. 

Kini, giliranku.
Aku merasainya. 
Mata-mata mula melihat kepadaku seakan membicarakan "jika tidak di dunia nanti di syurga" 
Entah apa yg sesak dihati ini. Seakan ada yang menahan.
Aku memegang erat tangan mereka sambil merantaikan doa
Dan tidak aku sedari air mataku mula mengalir dipipi
Kini baru aku faham peritnya perpisahan ketika hati telah pun terpaut dengan indahnya perjumpaan. Melepasinya tanpa rela. 

 Tarim Al-ghanna ❤️


-------------------------------------------------------------------



Bayangkan ketika kamu sedang didalam rumah, sedang sibuk melihat perkara-perkara yang dilarang , sedang sibuk membaca perkara yang haram 

Tiba-tiba kamu didatangi tetamu, yang menutup auratnya dengan sempurna, lemah lembut tutur katanya, bersih pakaiannya dan indah akhlaknya

Dalam keadaan kamu tidak bersedia , dalam keadaan kamu yang kotor, beliau berkata "aku adalah ketua wanita syurga" beliau mendatangimu menarik tanganmu untuk bersamanya

Akan tetapi seseorang menghalangmu dari genggamannya. Kamu cuba memegang tangannya dengan erat akan tetapi dipisahkan olehnya

Lalu kamu bertanya "siapakah kamu yg memisahkanku dengannya?" Lalu dia berkata "aku adalah auratmu yg terbuka, matamu yg memandang dan dipandang oleh yg bukan mahram. Lidahmu yg menyebutkan keaiban seseorang. Justeru itu engkau haram mengikutinya kecuali engkau melepasiku.."


Komentar

Postingan Populer